Thursday, December 2, 2010

update!!

assalamualaikum..
 dear diary,

hmm.. seperti biasa.. melalui hari-hari dengan begitu membosankan.. susah nak tidur, tapi bila dah tidur tak ingat dunia.. kadangkala aku rasa macam dunia gelap tanpa mimpi itu lebih indah dari dunia realiti yang menakutkan.. setelah lama tidak menitikkan air mata, rasa lega selepas melakukan sedemikian.. kadangkala ianya bagaikan satu terapi!!

ye, bila bangun aku terasa seperti ingin tidur semula... alangkah bahagianya hidup di alam tidur tersebut.. tanpa perlu merisaukan atau menghiraukan apa-apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita.. ahh.. rindu waktu-waktu tersebut.. kadangkala terasa seperti mahu tidur buat selamanya..

izinkan aku tidur buat beberape ratus tahun lagi..
tekanan demi tekanan semakin dirasakan di rumah.. sunyi.. sunyi tanpa mereka yang rajin melayan karenah aku yang entah apa-apa.. tetapi adakalanya aku rasakan tekanan ini mungkin lebih baik dari tekanan dari luar.. yang mengkritik aku itu ini bukannya sesiapa pun adik sendiri.. lebih baik dari orang luar.. :)

huh.. teringin sekali kembali ke dunia khayalan yang aku pernah jejaki suatu ketika dulu.. satu perasaan istimewa dimana aku merasakan bahawa dunia ini seperti hanya ada aku dan kamu.. terasa seperti akan hidup bahagia selamanya.. ahh.. itu hanya dunia khayalan.. impian yang tidak pernah aku wujud.. aku perlu kembali berpijak di dunia nyata... maaf..

boleh sesiapa bawa aku lari dari sini? aku perlukan tempat yang sepi untuk menenangkan fikiran.. aku perlukan alam semulajadi jauh dari bangunan yang menyesakkan mata.. ahh.. mustahil..

kadang-kadang aku rasa membuatkan orang bahagia adalah kebahagian yang sebenar walaupun kebahagian itu memenatkan.. :)
p/s: kadangkala aku rasa seperti mahu menjadi seperti bayi.. menangis sahaja dan semua keperluan akan dipenuhi..  ayah tak benarkan aku belajar menunggang motorsikal sedangkan adik bongsu ku sudah pandai menunggangnya.. -__-" emak pula berkata mungkin akan bercuti sekeluarga tanpa membawa aku kerana sepatutnya aku sudah menyambungkan pelajaran sekarang.. terpaksa berpura-pura tidak ambil kisah padahal teringin sekali keajaiban berlaku.. hmm.. adik-adik aku pula sibuk bermain DOTA tiada lagi ruang untuk aku mengonline terlalu lama..

saya sayang dan rindu anda.. haha.. saya rindu kita..=)
maaf, aku hanya seorang blogger yang menggunakan blog untuk melepaskan rasa ingin menulis.. dan seriusly, aku teruja jika terdapat walau hanya satu komen di setiap entry aku .. o.O

No comments: