Saturday, February 19, 2011

luahan perasaan!!

Assalamualaikum..
 Dear diary,

  Maaf, entry ini bukan untuk menyinggung perasaan orang tetapi hanya sebagai renungan untuk kita sebagai manusia yang penuh dengan khilaf.. cehwah.. ayat tak bley bla.. (lantak aku la)

 Back to the main point.. manusia nie ada macam-macam ragam.. tapi yang paling tak boleh aku nak tahan ialah orang yang tak reti-reti nak majukan diri sendiri dan sentiasa berasa selamat di zon selesa.. tapi pandai pulak nak puji orang pandai dan rajin dan what so ever things.. shit! Ops.. maaf..

Baiklah.. tak nak burukkan orang.. tapi sedarlah anda tu ialah pelajar universiti.. UNIVERSITI! Dah 12 tahun belajar kat sekolah (termasuk tadika) takkan masih nak harapkan orang? Haila.. kerja sendiri pun nak suruh orang buat lepas tu boleh berborak pasal ntah ape-ape ntah.. menyirap!! Takkan dulu tak belajar nak buat homework kot? Sikit je tu! Bukannya banyak mana pun..

Grr!! Kesian tau kawan aku.. boleh kalian suruh dia buat kerja kalian sedangkan kalian berbicara tentang perkara lain yang bukan akademik di saat dia sedang menyiapkan kerja kalian? Hello, anak raja pun tau la nak buat tugasan dia sendiri.. kau ingat kau tu sape? Nak pandai, usaha sendiri la kawan.. jangan asyik nak berada di takuk lama je!

kau layak ke berada di sini kalau perangai kau masih sama, tak berubah? Tolong la.. please la.. kat luar tu melambak lagi orang nak belajar.. tak macam korang!  Tolong la kasihan kan diorang, bagi diorang yang betul-betul nak belajar gantikan tempat korang.. korang buang masa je..

dah tu, bila nak test sibuk kau cari sape-sape yang boleh tolong korang di saat akhir.. tak tau ke mereka pun sibuk nak study juga? Jangan pentingkan diri sendiri boleh? Tak sangka akan jumpa orang sebegini di zaman ini.. (terasa juga sebenaranya)

okay, lagi satu... aku paling menyampah macam sampah bila ada orang yang asyik bercerita DEPAN aku tanpa aku mengetahui pucuk pangkalnya.. lepas tu bila aku tanya, semua tak nak cerita! Wtf! Dah kau buat aku curious giler, cerite bagai nak rak, lepas tu di saat aku tertanya-tanya kau senyap. Grr!! Kau ingat aku tak sakit hati? Kalau tak nak kasi tahu tak payah la cerita depan-depan, boleh?

Okay, sebenarnya ini ingatan untuk diri aku sendiri.. dan siapa-siapa yang terasa tu maaf lah... sekadar luahan perasaan dan menyatakan ketidak puashatian! Ngee~ tahu diri ini tidaklah sesempurna mana dan aku tahu aku nie annoying juga kadang-kadang.. love the word, kadang-kadang.. pengaruh kak huda la nie.. 

No comments: