Saturday, June 2, 2012

blogger malaysia

assalamualaikum..

disebabkan kelapangan time cuti sem nie kan.. aku pergi la stalk blog-blog kepunyaan blogger yang dah banyak giler follower... salah satu reason diorang banyak follower ialah rajin update! aku? haha.. sebulan tak sekali.. hampeh! =.="

kesimpulannya, setelah aku stalk punya stalk, dunia blog kat Malaysia nie tak lah besar sangat.. selalu je blogger-blogger buat gathering.. buat contest itu ini.. secara jujurnya.. aku pernah join contest sekali ke dua kali je.. tapi baru-baru nie aku join pun sebab nak doodle yg dah jadi header kat atas tu ha.. haha..
gambar tiada kaitan

kadang-kadang bila baca blog diorang, jelous pun ada gak.. rasa macam life diorang best je.. cute-miut je... haha.. tapi tak kurang juga dengan dugaanya.. kadang-kadang berangan-angan jugak la nak jumpa Lord Zara (pemilik .Dunia Sebelah Zara.), Irine Nadia Marcelo, dan blogger-blogger yang dekat.. maklumlah lah cikgu zara kat area-area rumah aku je.. Irine plak study kat uitm melaka dan memang orang melaka.. tak ke punya dekat tu? haha.. mimpi je lah.. tak lupe jugak Mr. K, dah lama giler follow blog dia.. baru tau dia dgn milimilo.. haha... tak tau lah sekarang.. okay, nampak sangat tak mengikuti perkembangan semasa.. setakat nie pernah jumpe kak Hanis Zalikha je.. kebetulan time tu aku baru part 1 dan dia part 5 kat UiTM Segamat.. kebetulan jugak kiteorang satu wing.. selalu jugak nampak dia.. cantik, tinggi, comel.. haha.. tapi satu sem tu je la selalu nampak dia.. masa dia semester akhir, nampak sekali dua je.. (fail bab nak cam orang dari jauh) adoi.. roomate aku dulu yang time tu satu batch dengan dia pun kata, kak hanis selalu busy, dan tak banyak campur orang. time meeting wing selalu je dia tak de.. tapi masa first time nampak dia, rasa macam, "eh, betul ke nie?" tapi tak pernah tegur dia secara personal or nak beramah terlebih mesra ar.. =.="

okay, dah melalut.. kbai..
sekadar satu pendapat yang ingin dikongsi..

dah lama teringin nak beli kitab terfaktab.. sekrang dah edisi ke-2 tapi.. hampeh..
please make an effort, rabiatul!

sampai sekarang tak pernah aku ambil tau pasal nuffnang sejak member aku letak kat blog nie.. noob!

2 comments:

aimanayie said...

ahaa, sebut tntang dunia blogging. yap. bila dah asyik asyik jumpa blogger yg sama blog yg sama, 'eh, macam pernah sampai blog ni dlu' , kinda rasa, owh, dunia blog ni tak la besar sangat, but then, ada ja blog blog tip top muncul yg buatkan 'lah, ni dtg mana pulak -.-'' '

n yes, of course, bila tgk blog org kemas, banyak idea, ada pembaca yg tetap, mmg jelez jugak, dan kdg2 niat blogging boleh lari gak ar kejar macam2. haha. tapi takpa, buat ja slow2, nanti2 ada la tuh kan ?

haaa, dia dapat anugerah naib canselor hari tuh kan ? pandai ah kak hanis tuh -.-''

dia ada blog yg good good, dia banyak bercuti luar ngra, dia cantik dan dia pandai. k, jelez lvl 10

rabiatuladawiyah said...

a'ah. kalau tak silap dia dapat ANC..
and sekarang dia tengah berlakon Memberku Hawa.. terbaik!