Tuesday, March 23, 2010

my future husbanD??


wahai bakal suamiku,
bimbinglah aku ke jalanNya
janganlah kau biar aku hanyut
dengan semua perhiasan dunia
bimbinglah aku
hingga aku mampu berdiri sendir..

wahai bakal suamiku,
jadilah imamku
dalam setiap solat-solatku
pandulah aku
dalam mencari ketenangan abadi
cinta sejati
kekasih hakiki ..

wahai bakal suamiku,
lengkaplah dirimu
dengan ilmu di dada
sebelum kau mampu
harungi alam yang penuh onak-duri
sebelum kau menyesal
di kemudian hari
kerana kesilapanmu dalam menilai
antara kaca dan permata ..
mungkinkah aku kaca bagimu
atau mungkin akulah permata
yang kau cari selama ini ..

wahai bakal suamiku,
dengan itu
janganlah kamu sia-siakan ilmumu
gunalah ia untuk membimbingku
untukku jadi lebih baik dari sebelumnya
untukku jadi isteri yang solehah padamu
untukku jadi insan yang taat perintahNya
aku masih banyak kekurangan ..

wahai bakal suamikum,
terimalah kekuranganku
aku hanya insan biasa
yang mempunyai hasrat untuk berubah
aku hanya insan biasa
yang dahagakan ilmumu
aku hanya insan biasa
tidak sepeti srikandi Allah
tidak seperti Khadijah
tidak seperti Rabiatul Adawiyah
tidak pula seperti Sumayyah...

wahai bakal suamiku,
ampunkanlah aku
jika aku bersalah padamu
jika aku terkasar bahasa
mahupun menyingungg perasaanmu
aku hanya hamba Allah yang hina
ampunkanlah aku..

wahai bakal suamiku,
aku akan terus menunggumu
sehinggalah kita  ditakdirkan bertemu ..
ketahuilah
jodoh, ajal maut
semua ketentuan Ilahi ..
kita,
sebagai hambaNya
hanya mampu merancang..
Dia yang menentukan segala-galanya ..
fayakun kun ..


[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, 

dan bila Dia berkehendak sesuatu,
 maka Dia hanya mengatakan kepadanya:
 "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu

 apabila Kami menghendakinya,
 Kami hanya mengatakan kepadanya:
 "kun (jadilah)", maka jadilah ia".

[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila

 Dia menghendaki sesuatu hanyalah 
berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".

[Al An'aam:73]
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar.

 Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan:
 "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah 
segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup.
 Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. 
Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui

[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan,

 maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, 
Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

[Maryam:35]
Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia.

 Apabila Dia telah menetapkan sesuatu,
 maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

[Ali 'Imran:47]
Maryam berkata: "Ya Tuhanku, 

betapa mungkin aku mempunyai anak,
 padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun.
" Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril):
 "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. 
Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu,
 maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: 
"Jadilah", lalu jadilah dia.

[Ali 'Imran:59]
Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, 

adalah seperti (penciptaan) Adam. 
Allah menciptakan Adam dari tanah, 
kemudian Allah berfirman kepadanya:
"Jadilah", maka jadilah dia.



p / s: erk .. ntah ar tibe2 dpt inspirasi utk menaip ..
just share ~ je ngn korang
mende nie aku pernah baca..
pastu aku wat lain..
x tau la sape yg pemilik ori dia ..
credits to: my future husband =)





nasyid pon best pe ..
rindu naysid maktab~~

No comments: