Tuesday, November 16, 2010

aku rindu kalian~

assalamualaikum..
 dear diary,

hmm.. esok hari raya aidiladha.. selamat berhari raya semua.. bile sebut pasal raya aidiladha nie, teringat kenangan ketika pertama kali myambuat hari raya aidiladha di perantauan.. kat asrama je kot.. banyak agenda tersembunyi sebenarnya time tu.. ahaha.. pagi-pagi solat sunat aidiladha.. ade ceramah.. pastu dalam pukul 10 ade jamuan.. FREE~!! haha.. sedap plak tu..



kemudian waktu tengahhari parents mereka-mereka membawa makanan yang sedap-sedap sempena raya nie.. kemudian mak n ayah pulak datang bawak mangkuk tingkat... sungguh kepenuhan keperutan time tu.. haha.. macam pesta makanan cik kak oi!!

dan yang paling best ialah itu lah kali pertama aku pergi ke swimming pool~ wah~~ miss the old days.. sungguh rindu hari-hari itu.. dan time tu pulak ramai yang PB (pulang bermalam).. bermaharajalelalah kami yang berada di maktab..best~!!  tak lupe juga aku lah orang yang paling banyak menjerit kerana takut tenggelam di kolam ketika itu.. maaf... sampai ke ATHO (asrama tun husein onn/ aspura) pon boleh dengar gamaknya.. haha..



selain hari menjamu selera.. hari tersebut merupakan hari malas sedunia~!! rata-rata hanya tidur di asrama.. haha.. amat mengembirakan.. aku rindu kalian sebenarnya.. rindu yang amat.. rindu.. aku rindu sama kamu! rasa rindu ini amat sakit.. hmm..

p/s: terima kasih kepada hati kerana senang untuk melupakan seseorang.. haha.. kejam sungguh aku.. tetapi hati amat mudah untuk menerima kehadiran seseorang.. mengapakah wahai hati?  hati ini perlu ku ajar agar mempunyai benteng pertahanan yang susah untuk dicerobohi lagi.. =)

No comments: