Friday, January 28, 2011

kadang-kadang..

assalamualaikum..
 dear diary,

kadang-kadang kita perlu gembira
untuk menutup kedukaan..

kadang-kadang kita perlu senyum
walaupun hati kecawa

kadang-kadang kita rasa benci
walaupun sayang..

tapi sampai bila....
empangan di mata akan pecah juga satu hari nanti
dan di saat itu
semua orang akan tahu kebenarannya
bahawa akulah seorang penipu

kadang-kadang kita hanya perlu senyap
diamkan diri sahaja
walaupun hati kecil menjerit
meronta ingin semua orang mengetahuinya
tapi itu semua mustahil
kerana tiada orang yang akan peduli akannya..
atau lebih teruk lagi
kebenaran itu mungkin menjadi penyebab
kebencian
kemarahan
kemusnahan

kadang-kadang lebih baik kalau kita sahaja yang mengetahuinya
kadang-kadang lebih baik jika kita tetap terus tersenyum
kadang-kadang lebih baik jika kita tetap terus bertahan
demi mengecapi kebahagian..

p/s: ape aku merepek nie?

No comments: